‘Saya doakan agar Allah sentiasa pelihara kalian’ - Aaron Aziz prihatin keselamatan riders - Utusan Malaysia

‘Saya doakan agar Allah sentiasa pelihara kalian’ – Aaron Aziz prihatin keselamatan riders

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prihatin dengan keselamatan riders atau penghantar makanan, pelakon kacak, Aaron Aziz, 45, mendoakan agar golongan itu dilindungi ketika menjalankan tugas.

Aaron dalam satu perkongsian di Instagram memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan situasi kemalangan jalan raya melibatkan penghantar makanan Food Panda.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon KL Gangster itu meluahkan kerisauan terhadap nasib golongan tersebut yang sentiasa berdepan bahaya ketika berkhidmat untuk pelanggan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Kepada semua abang dan adik riders, saya doakan agar Allah sentiasa pelihara kalian semua dunia akhirat.

“Hujan atau panas, kalianlah harapan kami lebih-lebih lagi pada waktu berkurung seperti sekarang. Tolong jaga keselamatan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Aaron juga turut menyarankan kepada pelanggan agar mendermakan sedikit wang kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan buat mereka.

“Kepada pengguna aplikasi penghantaran makanan semua ini, bagilah tips kalau ada lebih.

“Terima kasih atas pengorbanan anda demi sesuap nasi. Tolong jaga prosedur operasi standard (SOP) dan selamat bertugas. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Utusan Malaysia pada 10 April lalu melaporkan, kira-kira dua pertiga kes kematian dalam kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal adalah yang bekerja sebagai penghantar makanan dan barangan.

Ekoran perkara tersebut, Kementerian Pengangkutan melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya P-Hailing untuk membantu mengurangkan kes kemalangan membabitkan golongan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN