Polis kesan saksi kemalangan libatkan warga emas

Saksi kemalangan libatkan warga emas dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kemalangan melibatkan lelaki warga emas di Jalan Sungai Buloh-Kepong dekat sini pada 22 Julai lalu.

Ini susulan laporan diterima pihak polis berhubung kejadian itu pada 6 petang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 76 tahun itu yang menunggang motosikal Modenas Kriss dipercayai terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke zon merah bagi menerima rawatan.

 “Mangsa kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira pukul 7.42 malam pada 27 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya