Rentas daerah, aliran trafik di Perak Tengah terkawal - Utusan Malaysia

Rentas daerah, aliran trafik di Perak Tengah terkawal

BARUDIN Wariso (tengah) memeriksa kenderaan yang melalui SJR di Perak Tengah, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Keadaan trafik  di daerah Perak Tengah terkawal dan tiada kesesakan lalu lintas luar biasa dikesan pada hari pertama kebenaran rentas daerah bagi individu yang  melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, penugasan anggota di tiga sekatan jalan raya (SJR) di daerah itu juga berjalan seperti biasa.

“Kemungkinan ada pertambahan kenderaan untuk rentas daerah namun setakat ini aliran trafik di setiap SJR masih terkawal.

“Selain SJR di lokasi sama, terdapat satu lagi tambahan SJR iaitu di Mukim Pasir Salak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya di sini hari ini.

Menurut Barudin, walaupun mempunyai kelonggaran, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan kebenaran itu dengan keluar tanpa tujuan.

Katanya, pematuhan SOP yang ketat perlu terus diamalkan bagi membantu memutuskan penularan wabak Covid-19.

“Daerah Perak Tengah merupakan laluan utama penduduk untuk ke daerah Kinta, Manjung, Hilir Perak dan Kuala Kangsar.

“Walaupun telah diberikan kelonggaran, kami berharap mereka tidak alpa dan tidak keluar tanpa urusan. Sama-sama membantu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.