PUTRAJAYA: Seorang pegawai awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah ribuan ringgit daripada kontraktor berhubung pemberian kontrak pembekalan peralatan penyelamat bernilai lebih RM190,000.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi ini di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Jelasnya, projek tersebut melibatkan pembekalan peralatan menyelamat kepada sebuah agensi pasukan penyelamat.
Bagaimanapun, difahamkan suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.










