Premis benar pelanggan tidak lengkap vaksin dine-in diarah tutup serta-merta - Utusan Malaysia

Premis benar pelanggan tidak lengkap vaksin dine-in diarah tutup serta-merta

STATUS pemilik akaun yang mendakwa dia makan bersama keluarga di restoran walaupun tanpa dua dos vaksin menjadi tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk membenarkan pelanggan tidak lengkap vaksinasi makan di kedai akan diarah tutup serta-merta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, polis akan meningkatkan pemeriksaan di premis yang dibenarkan beroperasi bagi memastikan pemilik mematuhi SOP ditetapkan dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, kita akan kurangkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) terutama di daerah kerana anggota terbabit boleh dikerahkan melakukan pemeriksaan di premis.

“Lagipun SOP terbaru sekarang sudah membenarkan orang ramai bergerak lebih 10 kilometer dalam daerah sama, maka pengurangan sekatan boleh dilakukan,” katanya dalam sidang akbar di Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sini hari ini.

Zainal mengulas mengenai tindakan suami isteri yang melakukan sosial eksperimen dengan membawa anak makan di restoran walaupun tidak lengkap vaksin Covid-19 seperti tular di Facebook.

Pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu bagaimanapun ditahan polis di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang, Selangor, pada 5 petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua kontinjen di seluruh negara supaya memperbanyakkan pemantauan bagi memastikan premis mematuhi SOP dengan hanya membenarkan individu lengkap vaksinasi memasuki premis.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika gagal berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN