PPV Sungai Rambai yang baharu perlu beroperasi penuh

PPV Sungai Rambai perlu beroperasi penuh

HASAN Rahman ditemui pemberita selepas meninjau proses imunisasi di PPV RTC Sungai Rambai, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pusat pemberian vaksin (PPV) yang baharu dibuka di Sungai Rambai di sini Rabu lalu, wajar ditingkatkan jumlah penerima dan sepatutnya beroperasi secara penuh seperti PPV lain di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi separuh hari, manakala kapasiti penerima pula dihadkan hanya kepada 36 orang sehari.

Menurutnya, berdasarkan keupayaan fasiliti sedia ada di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) arah Utara itu, sewajarnya PPV Sungai Rambai dibenarkan untuk beroperasi penuh.

“Setakat ini daripada 21,000 penduduk di Sungai Rambai, hanya 160 orang telah menerima vaksin sejak PPV ini dibuka Rabu lalu.

“Sebanyak 250 individu berusia 40 tahun ke atas dan 350 individu bawah 40 tahun masih menunggu giliran untuk divaksin.

“PPV ini hanya beroperasi separuh hari dan dihadkan kepada 36 orang setiap hari. Sepatutnya kita boleh beroperasi penuh kerana ada banyak kemudahan dan fasiliti di RTC ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses imunisasi di PPV berkenaan.

Hasan menambah, pada masa ini Klinik Komuniti yang terdapat di RTC itu dijadikan sebagai PPV sementara.

Jelasnya, seandaianya kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meningkatkan kapasiti, dewan besar bersebelahan klinik tersebut boleh digunakan kerana ia dapat menampung sehingga 500 orang sehari.

“Kita ada banyak fasiliti di RTC yang bernilai jutaan ringgit tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Pada awal wabak Covid-19 melanda negara, kerajaan sudah umumkan untuk menggunakan semua aset untuk memeranginya.

Dari segi kaki tangan dan sukarelawan, adalah mencukupi untuk PPV ini beroperasi sepenuhnya jika dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya