Polis siasat majlis perkahwinan tiada penjarakan sosial

Polis siasat majlis perkahwinan tiada penjarakan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kesemua individu dipercayai terlibat dalam majlis perkahwinan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 27 Julai lalu. 

Ini susulan laporan diterima pihak polis berkaitan gambar majlis perkahwinan yang tular di aplikasi Instagram pada pukul 1.59 petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden D. Saralathan berkata, pihaknya telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, hasil semakan mendapati melalui gambar itu terdapat individu yang berkumpul tanpa sebarang penjarakan sosial dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Julai lalu. 

“Hasil siasatan lanjut mendapati perkahwinan tersebut telah berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang yang disewa daripada sebuah syarikat pengurus perkahwinan. 

“Siasatan menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Ordinan Darurat (Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Saralathan berkata, setakat ini, seorang penyewa dan menguruskan tempat tersebut daripada pemilik bangunan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ujar beliau, individu lain akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19. 

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan, diminta untuk menghubungi ASP Mohd. Mirza Che Ab. Wahi (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 012-9457503, Inspektor Salina Zolkopli (Pegawai Penyiasat), di talian 011-1234405 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya