Polis buru empat tahanan lari dari pusat kuarantin - Utusan Malaysia

Polis buru empat tahanan lari dari pusat kuarantin

EMPAT tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin yang sedang diburu IPD Penampang, Sabah. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Penampang sedang memburu empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 dan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman) awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, tiga tahanan bukan warganegara dan seorang tahanan warganegara dilaporkan melarikan diri dari pusat kuarantin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, kesemua tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat kuarantin berkenaan secara berperingkat bermula pada 24 Julai lalu setelah disahkan positif Covid-19.

Keempat-empat tahanan itu, Mohd. Rahman Basir, 24; Mohd. Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Salman Arip, 19, dan seorang warganegara, Arippian Abdul, 27.

Kesemua mereka masing-masing ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/329 Kanun Keseksaan.

Mohd. Rahman ditahan atas kesalahan memiliki dadah manakala Mohd. Diyazmir dan Arippian ditahan kerana kesalahan memiliki barangan curi dan Salman pula ditahan kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap orang lain.

Justeru, Mohd. Haris menasihatkan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan yang terlibat supaya segera menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya