Polis ambil keterangan Ain Husniza, bapa - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Ain Husniza, bapa

AIN Husniza Saiful Nizam ketika diwawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah mengambil keterangan pelajar dan aktivis, Ain Husniza Saiful Nizam serta bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab setelah didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Keterangan kedua-dua mereka diambil kira-kira pukul 5.30 petang tadi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar, keterangan itu diambil susulan satu laporan dibuat oleh seorang guru pada 5 Mei lalu.

Jelas beliau, laporan polis dibuat lelaki terbabit ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan keatas dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan di Malaysia oleh Ain Husniza ketika wawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.

“Di dalam wawancara itu, pelajar berkenaan mengulas mengenai isu guru pendidikan jasmani yang menyebut tentang elemen rogol semasa proses pembelajaran di dalam kelas.

“Justeru siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung laporan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shafa’aton, kedua-dua individu berkenaan telah hadir dengan ditemani oleh peguam mereka iaitu Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya