PKP: 8,000 penduduk di Baling dibantu 

PKP: 8,000 penduduk di Baling dibantu 

ABDUL Azeez Abdul Rahim (kiri) menyampaikan bantuan barangan makanan kepada penduduk di Kampung Bechah Sawa, Mukim Siong, Baling hari ini. - FOTO/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebanyak 8,000 penduduk di daerah ini yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menerima sumbangan ikan, ayam dan sayur-sayuran secara berperingkat.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,300 penduduk dijangka menerima sumbangan barangan tersebut pada setiap minggu.

Menurutnya, bekalan itu diharapkan dapat meringankan beban penduduk terutamanya mereka yang terputus bekalan barangan makanan.

“Saya menyediakan lapan tan ikan, 8,000 ekor ayam dan pelbagai jenis sayur-sayuran bagi menjayakan sumbangan tersebut.

“Selain itu, penduduk terlibat juga menerima bantuan beras, gula, minyak masak, tepung dan sebagainya lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis agihan barangan sumbangan tersebut di Kampung Bechah Sawa di sini hari ini.

Beliau menambah, lebih 2,000 penduduk di sini yang dikuarantin di rumah akibat positif Covid-19 juga menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan disalurkan dari masa ke semasa bagi memastikan penduduk tidak kehabisan bekalan makanan.

“Saya harap penduduk yang belum menerima bantuan bersabar dan sekiranya perlukan apa-apa bantuan sila berhubung dengan wakil penduduk untuk disalurkan bantuan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya