Penternak lembu maut ditikam, ditembak - Utusan Malaysia

Penternak lembu maut ditikam, ditembak

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang penternak lembu ditemukan mati dengan kesan tikaman dan tembakan di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau dekat sini semalam.

Mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan tetiarap berlumuran darah bersebelahan motosikal jenis Honda EX5 miliknya kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis menerima laporan penemuan mayat mangsa di bahu jalan di estet itu pada pukul 10.30 malam.

“Siasatan kita mendapati terdapat kesan luka tikaman di dada dan tembakan di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa.

“Turut ditemukan di tempat kejadian ialah kelongsong peluru dan semakan rekod mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Adzli, siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca sebenar mangsa dibunuh.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya