Penglibatan orang muda penanda aras baharu masa depan negara - Utusan Malaysia

Penglibatan orang muda penanda aras baharu masa depan negara

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesediaan kerajaan melibatkan golongan muda dalam agenda pemulihan negara  dilihat sebagai  satu penanda aras baharu demi masa depan negara.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menunjukkan langkah setapak ke hadapan dalam mendekati golongan belia.

“Sememangnya inilah yang menjadi harapan anak muda terhadap kerajaan, supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam kerajaan membuat keputusan untuk negara. 

Saya sambut baik seruan ini dan menganggap ia sebagai satu penanda aras baharu kepada kerajaan yang menunjukkan langkah terkehadapan dalam mendekati golongan belia demi masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau mengulas ucapan  Ismail Sabri  hari ini yang memberi jaminan untuk memastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan.

Dalam pada itu Mohd. Shahar yakin dengan kadar vaksinasi negara kini yang berada pada tahap baik menunjukkan petanda positif  terus dapat dilihat dari masa ke semasa sama ada dari segi kesihatan rakyat mahupun ekonomi negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN