Penglibatan GP ikut keperluan semasa, PPV - Utusan Malaysia

Penglibatan GP ikut keperluan semasa, PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dakwaan penglibatan pengamal perubatan am swasta (GP) untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dihentikan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya dipertimbang mengikut keperluan semasa.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil kira pelbagai perkara dalam pengoperasian PICK seperti kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV), bilangan individu yang perlu disuntik dan bekalan vaksin. 

Katanya, pertimbangan itu bagi menjamin kesinambungan PICK kerana tiada lagi PPV  beroperasi ketika itu. 

“Keperluan semasa seperti kawalan wabak juga mempengaruhi pelaksanaan PICK sebagai satu program imunisasi Covid-19 di seluruh negara.

“Malah, CITF amat menghargai perkhidmatan yang diberikan GP dalam PICK, yang pastinya menyumbang kepada pencapaian negara mencatatkan kadar vaksinasi harian per kapita antara terpantas di dunia baru-baru ini,” katanya hari ini.

Kenyataan itu menyebut, Operasi Lonjakan Kapasiti dilaksanakan bermula 26 Julai sehingga 1 Ogos lalu untuk mengawal wabak Covid-19 di Lembah Klang menyaksikan GP menyumbang lebih kurang lima peratus daripada keseluruhan suntikan yang diberikan sepanjang tempoh ini. 

Setakat semalam katanya, populasi dewasa Lembah Klang yang menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah sebanyak 107.7 peratus, yang juga mengambil kira vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin. 

“Lanjutan selesainya operasi ini, wujud keperluan untuk bilangan PPV di Lembah Klang dikurangkan termasuk yang melibatkan para GP. Di Lembah Klang, setakat hari ini, 12 PPV ditutup dan bermula esok sehingga 29 Ogos ini, 21 PPV lagi akan ditutup. Daripada 32 PPV yang ditutup, tujuh adalah PPV Awam.

“Untuk masa hadapan, akan dimuktamadkan keperluan baharu seperti dos penggalak (booster dose), vaksinasi remaja antara umur 12 hingga 17 tahun serta vaksinasi berterusan untuk pendaftar baharu dari masa ke masa,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya