Penglibatan GP dalam PICK dihentikan untuk tempoh sementara - Utusan Malaysia

Penglibatan GP dalam PICK dihentikan untuk tempoh sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polemik melibatkan pembabitan pengamal perubatan am swasta (GP) dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaporkan di media massa disalah erti masyarakat.

Dalam kenyataan bersama, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah menegaskan, situasi itu adalah untuk tempoh sementara dan sejajar dengan cara pelaksanaan PICK iaitu dengan mengusahakan agar kadar vaksinasi dicatatkan tinggi secepat mungkin.

Katanya, kadar vaksinasi itu kemudian akan menurun secara berperingkat apabila semakin ramai menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Sebagai latar belakang, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat di bawah KKM yang terlibat bagi fasa dua dan tiga PICK serta ditugaskan untuk menyelaras penglibatan pengamal perubatan swasta di bawah PICK memaklumkan bahawa tiada lagi janji temu yang akan diberikan kepada GP di Lembah Klang buat masa ini.

“Penglibatan GP di negeri-negeri selain di Lembah Klang berjalan seperti biasa buat masa ini. Malah untuk masa hadapan, keperluan seperti dos penggalak, vaksinasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun serta vaksinasi berterusan untuk pendaftar baharu adalah di bawah KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN