Penggerak awal Bersatu mahu Pak Wan dilantik TPM - Utusan Malaysia

Penggerak awal Bersatu mahu Pak Wan dilantik TPM

MOHD. Redzuan Md. Yusof ketika pertemuan bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tular hari ini satu kenyataan akhbar ‘tanpa nama’ yang mendesak jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang paling awal membina parti bersama atau digelar sebagai pengasas 12.

Kelompok yang mendakwa diri sebagai penggerak-penggerak awal Bersatu itu mencadangkan, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dilantik memegang jawatan berkenaan.

Dakwanya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu sangat memahami perjuangan sebenar parti terbabit.

MOHD. Redzuan Yusof ketika menyampaikan taklimat ‘Darurat Memerangi Covid-19’ pada program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-isu semasa di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibantu oleh seorang Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu yang benar-benar faham tentang hala tuju tersebut.

“Calon yang difikirkan paling layak adalah Mohd. Redzuan yang mana beliau sebelum ini adalah Menteri Tugas-tugas Khas.

“Beliau juga antara pimpinan Bersatu yang paling awal membina parti bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin atau digelar sebagai pengasas 12. Sudah tentu Mohd. Redzuan antara orang yang amat faham perjuangan parti,” dakwa kenyataan berkenaan.

Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah individu yang disebut-sebut bakal dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Hamzah adalah Ahli Parlimen Larut yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum melompat kepada Bersatu.

Mohd. Redzuan juga mempunyai keupayaan mendekati dan mendepani komuniti antarabangsa berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya