Pendirian ahli-ahli Parlimen BN diharap mampu hentikan polemik politik - PM - Utusan Malaysia

Pendirian ahli-ahli Parlimen BN diharap mampu hentikan polemik politik – PM

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersama menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri berkata, pendirian mereka diharap akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini.

Jelas beliau, ia sekali gus memberi ruang kepada kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani Covid-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri turut berterima kasih atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan depan dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain.

Kata beliau, ini adalah selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada beliau semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu lalu.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di ibu negara pagi ini, seramai 31 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN dan setia kepada parti serta tidak membuat keputusan sehingga membebankan rakyat.

Ismail Sabri berkata, pihaknya mengambil maklum terhadap surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan menjawab perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diminta berjumpa dengan semua ahli Parlimen BN untuk meminta penjelasan mereka dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN