Pemimpin parti tiba di Istana Negara - Utusan Malaysia

Pemimpin parti tiba di Istana Negara

AHMAD Zahid Hamidi melambai tangan ke arah pengamal media ketika memasuki Pintu 2 Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua-ketua parti tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara pemimpin terawal kelihatan di pintu 2 Istana Negara iaitu kira-kira pukul 1.50 petang.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Malaysia difahamkan sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN