Pelbagai inisiatif bantu graduan, orang miskin di Selangor

Pelbagai inisiatif bantu graduan, orang miskin di Selangor

GANABATIRAU VERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diperkenalkan kerajaan Selangor bagi membantu graduan serta golongan miskin di negeri itu yang tidak mendapat pekerjaan ketika pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor, Ganabatirau Veraman berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan nasib golongan tersebut dalam saat-saat sukar masa kini.

“Seperti golongan graduan, kita telah memperkenalkan tiga program iaitu Program Karnival Kerjaya Jelajah Selangor Bekerja, Program Selangor Kerjaya dan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Selain itu, kemudahan Talent Portal juga disediakan secara percuma untuk majikan bagi mengiklankan jawatan kosong yang terdapat dalam syarikat mereka,” katanya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning bercadang untuk berbincang dengan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) supaya mengambil graduan bekerja dengan mereka.

Ganabatirau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Sentosa, G. Gunarajah dalam Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini hari ini.

Katanya itu adalah usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu dua golongan terbabit ketika ini.

“Bagi golongan miskin pula, sejumlah RM73.8 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi mengurangkan beban kumpulan ini. 

“Peruntukan ini merangkumi bantuan bakul makanan, penangguhan bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama sebulan pada Julai lalu, pemberian data internet kepada kumpulan ekonomi B40 bernilai RM15 dan lain-lain lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN