Pekerja serbaneka cedera disepak - Utusan Malaysia

Pekerja serbaneka cedera disepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pekerja kedai serbaneka cedera selepas diserang seorang lelaki dipercayai berpunca daripada salah faham di Taman Perwira, di sini semalam.

Ini susulan satu video tular di media sosial memaparkan dua pekerja itu secara tiba-tiba diserang dan disepak seorang lelaki.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1.30 tengah hari semalam di hadapan kedai serbaneka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang berehat di hadapan premis terlihat seorang wanita warga tempatan berdiri di tepi kedai itu lalu menegurnya supaya mencari tempat teduh kerana cuaca panas.

Katanya, wanita itu kemudian mengadu kepada teman lelakinya dan tiba-tiba lelaki itu datang ke arah mangsa lalu menyepak kepala dan menendang seorang lagi rakan pengadu di dada sebelum beredar.

Zainal berkata, mangsa mengalami kecederaan di dada manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Polis turut menerima dua lagi laporan polis dan mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN