Pejuang nafi ada rundingan sokongan PN - Utusan Malaysia

Pejuang nafi ada rundingan sokongan PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana pihak apatah lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jelas gagal.

Ketua Penerangannya, Ulya Uqamah Husamudin berkata, Pejuang juga tidak pernah menandatangani sebarang surat sokongan (SD) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebarang berita tular yang mengatakan sebaliknya adalah palsu dan tidak bertanggungjawab.

“Pejuang sebelum ini dengan konsisten menyatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan sedia ada dan berkali-kali meminta Perdana Menteri serta Kabinetnya meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, fokus parti itu masih kekal kepada langkah-langkah mengatasi permasalahan rakyat dalam menghadapi masalah kesihatan dan ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN