Pas 'solid' sokong Ismail Sabri sebagai calon PM - Utusan Malaysia

Pas ‘solid’ sokong Ismail Sabri sebagai calon PM

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Ahmad Maslan selepas pertemuan di Menara Dato' Onn. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas secara konsensus menyokong pencalonan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua 18 ahli Parlimen dari parti itu sudah bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Kita sudah pun buat keputusan. Kita sokong sepenuhnya dan SD (akuan bersumpah) sudah siap untuk kita hantar ke Istana Negara petang ini.

“Di peringkat Pas tiada isu lagi kerana semua Ahli Parlimen Pas secara ‘solid’ kita beri sokongan kepada Ismail Sabri,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pagi tadi, beberapa pemimpin utama Pas termasuk Naib Presidennya, Idris Ahmad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali memasuki Menara Dato’ Onn dipercayai bagi menghadiri satu mesyuarat.

Bagaimanapun, Takiyuddin dilihat bergegas meninggalkan pekarangan lobi pada pukul 12.18 tengahari dan tidak berkata apa-apa ketika ditanya sama ada hari ini adalah mesyuarat Muafakat Nasional atau sebaliknya.

Dalam pada itu, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai turut dihadiri Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×