‘Orang kuat’ kumpulan gangster dipercayai ditembak - Utusan Malaysia

‘Orang kuat’ kumpulan gangster dipercayai ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tembak membabitkan seorang lelaki dalam kejadian Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, kata beliau, identiti pelaku masih tidak dapat dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.

“Betul ada kejadian tembak, suspek sedang dikesan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, mangsa yang maut adalah ‘orang kuat’ sebuah kumpulan gangster di Selangor.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan satu kejadian tembak berlaku di Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, mangsa seorang lelaki maut sebaik sahaja tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hasil maklumat awam mendapati mangsa cedera selepas ditembak tiga das tembakan di badan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN