Op Benteng dipertingkatkan di sempadan negeri Kedah

Op Benteng dipertingkatkan di sempadan

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG: Polis Kedah akan mempertingkatkan kawalan Op Benteng di sempadan negeri ini bagi mengekang penyeludupan ketum yang dijangka meningkat selepas kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai dadah berbahaya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, usaha itu akan dilakukan dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan lain di kawasan sempadan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan rekod-rekod yang lalu, terdapat sindiket yang membawa bahan larangan tersebut bukan sahaja berada di kawasan utara tetapi juga di pantai timur dan selatan.

“Berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain di dalam akhbar hari ini mengenai kemungkinan aktiviti penyeludupan ketum  meningkat, maka kita akan tingkatkan kawalan terutamanya di Op Benteng.

“Daripada segi kawalan, kita akan ketatkan lagi Op Benteng terutama (membabitkan) jalan keluar di sempadan,” katanya pada sidang akhbar semasa Program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sekitar Kuala Nerang di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 200 keluarga miskin di daerah itu menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Selain itu, seramai lima pesara polis pula menerima pingat Jasa Pahlawan Negara.

Beliau memberitahu, walaupun Thailand telah mengambil tindakan itu, undang-undang di Malaysia tetap sama yang mana aktiviti penyeludupan daun ketum itu adalah salah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya