Nenek 64 tahun tokan dadah diberkas - Utusan Malaysia

Nenek 64 tahun tokan dadah diberkas

ZULKIFLEE Rashid (tengah) menunjukkan dadah dan gambar barangan yang dirampas dalam serbuan di Taman Seri Bayu, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya antara tiga yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM85,000, minggu lalu.

Warga emas itu dan cucunya berusia 21 tahun ditahan kira-kira pukul 6.45 pagi dalam tangkapan susulan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah rumah di Taman Seri Bayu di sini, Khamis lalu.

Ketua JSJN negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan perumahan sama pada pukul 6 pagi dan seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas selepas pihaknya menemukan dadah bernilai RM86,000 di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi polis menemukan 18 peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 2.2 kilogram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 533 gram berjumlah keseluruhan RM86,000.

“Susulan tangkapan itu, kita memberkas dua lagi suspek dipercayai rakan sindiket yang merupakan seorang wanita warga emas dan cucu lelakinya di kawasan sama kira-kira 45 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di kawasan tempatan dan boleh menampung kegunaan kira-kira 6,200 penagih.

Zulkiflee berkata, hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap suspek pertama didapati positif dadah jenis methamphetamin, selain turut mempunyai dua rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.

“Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas barang kemas dan sebuah kereta serta motosikal berjumlah keseluruhan RM24,782.11 yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran dadah ini,” jelasnya.

Kesemua susupek direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya