Nelayan Vietnam bakar tayar pada bot elak ditahan - Utusan Malaysia

Nelayan Vietnam bakar tayar pada bot elak ditahan

KESAN terbakar pada bot nelayan Vietnam susulan tindakan mereka membakar tayar bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kemaman di Kemaman, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kumpulan nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara sanggup membakar tayar di beberapa bahagian pada bot mereka semata-mata untuk melarikan diri daripada ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kemaman.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua bot dikesan melakukan helah berkenaan bagi menghasilkan asap tebal sekali gus mengelak diperiksa atau digeledah penguat kuasa.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kedua-kedua bot itu ditahan di kedudukan 66 batu nautika dari Kuala Kemaman di Kemaman oleh Kapal Maritim (KM) Gemia selepas hampir sejam dikejar.

“Nelayan Vietnam itu nekad melarikan diri dengan membakar tayar di beberapa bahagian bot mereka dan pemeriksaan mendapati kesemua 18 kru yang berusia antara 17 hingga 44 tahun tiada dokumen pengenalan diri sah.

“Kita turut merampas sebanyak 3.5 tan hasil laut, 1,500 liter bekalan diesel di samping peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, kedua-dua bot bersama kru kemudian dibawa ke jeti Zon Maritim Kemaman untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN