“Nampaknya masih ramai tak faham ya…” - Syura jelaskan tuntutan Siti Nordiana - Utusan Malaysia

“Nampaknya masih ramai tak faham ya…” – Syura jelaskan tuntutan Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Syura Badron, menjelaskan kepada semua warganet berkenaan salah faham tuntutan yang dibuat oleh penyanyi popular, Siti Nordiana ekoran didakwa mengeluarkam kenyataan berbaur fitnah.

Menerusi entri Instagram, Syura menjelaskan semula di Instastory sementelah orang ramai yang masih tidak memahami tuntutan yang dibuat penyanyi berkenaan terhadapnya.

“Nampaknya masih ramai tidak faham ya. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman kerana kami tidak memohon maaf ya.

“Selain daripada minta maaf, pembayaran tersebut salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam masa 24 jam!

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf beserta bayaran RM200,000, maka barulah akan teruskan saman. Harap faham ya semua,” jelasnya di Instastory.

Sebelum ini, selain permohonan maaf secara terbuka, Siti Nordiana turut menuntut lima individu yang didakwa memfitnahnya, membayar RM200,000 setiap seorang sebagai syarat menyelesaikan kes berkenaan.

Kemudian, lima individu yang dituntut Siti Nordiana ialah penyanyi Lan Solo dan isterinya, Shiela Razlan, penyanyi Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin, serta jurusolek, Aida G.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya