PETALING JAYA: Kereta yang membawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau sempat menurunkan cermin kereta untuk melambai ke arah media.
Pagi tadi, Najib mengetuai kumpulan pertama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 10.45 pagi.
Dalam perkongsian di Facebook BN, mereka yang tiba menggunakan bas melalui Pintu 2 Istana Negara itu berlepas dari Menara Dato’ Onn.
Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.










