"Mungkin dunia ini belum berlaku adil lagi pada anda" -Pesan Sharnaaz Ahmad buat Aisar - Utusan Malaysia

“Mungkin dunia ini belum berlaku adil lagi pada anda” -Pesan Sharnaaz Ahmad buat Aisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selain warganet, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut memberi reaksi terhadap perbuatan pempengaruh, Aisar Khaled yang memuat naik satu hantaran video berkaitan Siti Sarah di platform Youtube dan TikTok.

Menerusi entri Instagram, Sharnaaz yang juga merupakan rakan baik keluarga Shuib Sepahtu, menitipkan pesanan buat pempengaruh muda tersebut menerusi Instastorynya.

“Mungkin dunia ini belum berlaku adil lagi pada kau. Jika hari itu sampai, jangan ditanya apa kesalahan anda.

“Simpan footage di Youtube itu sebagai rujukan, kerana itulah penyumbang kepada karma di hadapan anda.

“Semoga anda dapat menikmati hidup sementara boleh, teman,” coretnya.

Semalam, Aisar Khaled tampil memohon maaf secara terbuka setelah menimbulkan rasa kurang senang warganet gara-gara memuat naik satu hantaran video melawat pusara penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Dia memuat naik video berkenaan di platform Youtube dan aplikasi TikToknya, namun telah dipadam ekoran menerima kecaman hebat daripada rata-rata warganet selepas dia dikatakan menggunakan kesedihan sebagai content.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya