MKT UMNO bermesyuarat malam ini - Utusan Malaysia

MKT UMNO bermesyuarat malam ini

PENGAMAL media berkumpul di lobi Ibu Pejabat UMNO bagi mengetahui perkembangan terkini mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat malam ini yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat di Tingkat 39, Menara Dato’ Onn itu menjadi mesyuarat pertama parti selepas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan dalam Kabinet, semalam.

Beberapa Ahli Parlimen UMNO turut menganggotai Kabinet PN termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Perdana Menteri.

Petang tadi, Ahmad Zahid menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Utusan Malaysia difahamkan sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN