Menteri, timbalan menteri selesai angkat sumpah - Utusan Malaysia

Menteri, timbalan menteri selesai angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri selesai mengangkat sumpah dalam istiadat di Istana Negara hari ini.

Istiadat bermula pada 2.30 petang dengan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Barisan menteri dan timbalan menteri dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mengangkat sumpah mengikut giliran kumpulan masing-masing.

Hanya dua orang tidak dapat hadir iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak dapat hadir selepas terpaksa menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Istiadat itu diakhiri dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku sebelum Agong dan Raja Permaisuri berangkat meninggalkan Istana Negara.

Majlis itu berlangsung selepas Ismail Sabri mengumumkan 69 ahli Kabinet baharu minggu lalu.

Ismail Sabri telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Agong pada 20 Ogos lalu, setelah menerima sokongan 114 Ahli Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN