Mbappe tidak suka kehadiran Messi di PSG - Utusan Malaysia

Mbappe tidak suka kehadiran Messi di PSG

KYLIAN Mbappe mahu meninggalkan PSG selepas kehadiran Lionel Messi ke kelab itu dan dikhabarkan bersedia menyertai Real Madrid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe mengambil keputusan untuk meminta pengurusan tertinggi Paris Saint-Germain (PSG) untuk melepaskannya sejurus ketibaan Lionel Messi ke kelab itu.

Menurut L’Equipe, bintang Perancis, Mbappe sudah memberitahu dia tidak berminat bermain bersama bintang Argentina itu.

Wartawan Perancis, Thibaud Vezirain berkata, Mbappe bersedia untuk keluar dari PSG dengan alasan dia tidak mahu bermain bersama Messi.

“Kylian Mbappe mahu meninggalkan kelab. Dia meminta bonus keluar dari pasukan dan dia tidak mahu menyambung kontraknya. Sama ada dia berpindah ke Real Madrid musim panas ini atau menyertai mereka secara percuma musim depan.

“Dia sudah memberitahu pasukan dia tidak berminat bermain dengan Messi,” kata Vezirain dalam L’Equipe.

Laporan itu mengejutkan banyak pihak video menunjukkan jersi Neymar dan Mbappe diletakkan berdekatan Messi dalam bilik persalinan.

Mbappe menjadi antara pemain PSG yang tidak menyambut kehadiran bintang Argentina itu menerusi media sosial.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini menyatakan tiada sebab Mbappe akan meninggalkan kelab itu musim panas ini kerana mereka sudah memenuhi semua kehendaknya untuk penyambungan kontrak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya