Mayat wanita ditemukan tertiarap dalam rumah - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan tertiarap dalam rumah

ANGGOTA bomba lengkap berpakaian PPE mengangkat mayat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan meniarap di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2, Seremban. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang wanita berusia 69 tahun ditemukan dalam keadaan teriarap di atas lantai dalam sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2 dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, pihaknya mendapat panggilan tentang kejadian pada pukul 9.02 pagi dan tiba dilokasi lima minit kemudian.

“Kami menerima maklumat daripada pihak polis terdapat bau busuk dari dalam rumah. Pihak bomba membuka pintu rumah berkenaan dengan memotong mangga menggunakan bold cutter.

“Kami kemudian menemukan mayat wanita meniarap di dalam sebuah bilik bahagian belakang. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Asree, seramai 11 anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan.

“Tindakan kami, anggota yang lengkap dengan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mangsa dan diserahkan pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN