Mayat pesakit Covid-19 'hidup' semula? - Utusan Malaysia

Mayat pesakit Covid-19 ‘hidup’ semula?

MESEJ tular yang mendakwa mangsa dari HKL disahkan mati akibat Covid-19 'hidup semula’ sebelum dikebumikan di tanah perkuburan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa mangsa pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad unit rawatan rapi (ICU) didapati masih hidup di lokasi pengebumian.

Mesej tular itu turut mendakwa, mayat tersebut kemudiannya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan, ia adalah berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita tersebut dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN