Mayat lelaki ditemukan di tebing sungai  - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan di tebing sungai 

MAYAT lelaki berusia 39 tahun yang ditemukan di  tebing sungai di Kampung Sungai Rengas di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mayat lelaki berusia 39 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di  tebing sungai di Kampung Sungai Rengas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan orang awam pada pukul 9.57 malam.

“Berdasarkan keadaan mayat yang membusuk dipercayai mangsa sudah meninggal dunia lebih tiga hari.

“Proses pengecaman sudah dilakukan keluarga dan kita difahamkan mangsa tidak pulang selepas keluar dari rumah petang Khamis lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, ahli keluarga tidak membuat laporan polis berikutan mangsa sering keluar memancing dalam tempoh lama.

Katanya, punca kematian belum dapat dikenal pasti dan mayat dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN