Malaysia bersama Jepun dalam kumpulan Piala Thomas - Utusan Malaysia

Malaysia bersama Jepun dalam kumpulan Piala Thomas

Senarai penuh undian penuh Piala Thomas yang akan berlangsung di Aarhus pada 9-17 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal berdepan laluan berliku dalam saingan badminton Piala Thomas apabila diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Jepun.

Selain itu, Malaysia turut diundi bersama Kanada dan England.

Juara bertahan China, diundi dalam Kumpulan C bersama India, Belanda dan Tahiti.

Tuan rumah, Demark berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Perancis dan Jerman manakala Indonesia dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Algeria dan Thailand.

Saingan Piala Uber pula menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan bersama juara 14 kali, China; Denmark dan Kanada.

Juara bertahan Jepun berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Jerman dan Perancis.

Kumpulan B menyaksikan Thailand bersama India, Sepanyol dan Scotland manakala Kumpulan C menghimpunkan Korea Selatan, Taiwan, Tahiti dan Mesir.

Saingan Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Aarhus bermula 9-17 Oktober ini selepas beberapa kali ditangguhkan akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya