PETALING JAYA: Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, program ini merupakan satu usaha kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF).
Katanya, inisaitif ini diwujudkan dapat membantu kerajaan meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan pekerja dan individu sektor berkenaan.
” Program ini juga dilaksanakan bagi melindungi kesejahteraan pekerja-pekerja dan seterusnya membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi serta rantaian nilai makanan di Malaysia.
” Program AiVAC melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah kementerian ini di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Kementerian menjangkakan semua barisan hadapan sektor agro makanan lengkap divaksinasi menjelang November 2021,” katanya dalam ucapan sempenan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2021 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










