Lokasi tragedi kepala air di Yan destinasi lawatan pertama PM9 - Utusan Malaysia

Lokasi tragedi kepala air di Yan destinasi lawatan pertama PM9

Ismail Sabri Yaakob bertanya khabar anggota Pertahanan Awam ketika mengadakan lawatan di kawasan bencana tragedi kepala air di Titi Hayun, Yan hari ini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Daerah ini menjadi destinasi pertama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan Sabtu lalu bagi meninjau kawasan tragedi yang dikategorikan sebagai kelas pertama ekoran kejadian kepada air yang menyebabkan kira-kira 1,000 buah rumah terjejas, Rabu lalu.

Beliau meninjau kawasan bencana tragedi kepala air Gunung Jerai di Tupah, Merbok di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob meninjau lokasi kejadian kepala air yang meranapkan kira-kira 1,000 rumah pada Rabu lalu dqalam lawatan kerjanya di Titi Hayun, Yan hari ini.- UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor telah diberi taklimat ringkas mengenai kejadian kepala air di kawasan Tupah.

Perdana Menteri selepas itu meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas di taman tersebut.

Ismail Sabri Yaakob ketika diberi penerangan mengenai tragedi kepala air yang pada Rabu lalu ketika melawat kawasan tragedi itu di Titi Hayun, Yan hari ini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Kebanyakan rumah di taman tersebut dimasuki air bersama lumpur sedalam kira-kira 0.5 meter dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu.

Ismail Sabri juga melawat jambatan Tupah yang rosak di sini dan melihat kerja-kerja pembaikan rangkaian kabel serta saluran bekalan air yang rosak akibat kejadian itu.

Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan di kawasan bencana tragedi kepala air di Titi Hayun, Yan hari ini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Beliau selepas itu melawat Loji Air Tupah yang juga terjejas dalam tragedi itu.

Perdana Menteri kemudian meneruskan lawatan di kawasan terjejas di air terjun Titi Hayun di Yan.

Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan di kawasan bencana tragedi kapala air di Titi Hayun, Yan hari ini. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Dalam tragedi ‘tsunami Jerai’ itu seramai lima mangsa maut, seorang cedera parah dan seorang lagi masih hilang.

Sebanyak 800 keluarga di Yan dan 200 keluarga lagi di Tupah terjejas dalam kejadian itu yang berlaku pada pukul 3.30 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya