Lelaki warga Nigeria bunuh Ketua Jururawat dihukum gantung 

Lelaki warga Nigeria bunuh Ketua Jururawat dihukum gantung 

ALOWONLE Oluwajuwon Gilbert didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nigeria akhirnya dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Shah, di sini kerana membunuh seorang Ketua Jururawat Hospital Serdang.

Hakim, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas didapati bersalah membunuh Siti Kharina, 40, dua tahun lalu.

“Mahkamah sukar menerima keterangan tertuduh sebelum ini yang berbeza dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bahawa telah meninggalkan kediaman si mati pada 9 Mei tahun 2019 sebaliknya berada di lokasi kejadian.

“Itu rekaan tertuduh sahaja. Malah,pihak pendakwaan juga membuktikan tertuduh satu-satunya yang mempunyai akses ke dalam rumah si mati berdasarkan kad akses digunakan tertuduh. Kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati juga ada pada baju tertuduh,” katanya dalam penghakimannya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman tersebut sehingga selesai keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas dimohon peguam, Shafinah Taib yang mewakili tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina, di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei dua tahun lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, adik kepada mangsa, Khairani Mohd. Kamarudin, 38, berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sinijelas melegakan pihaknya apabila selepas mendoakan kebenaran terbukti berhubung pembunuhan kakaknya itu.

“Selama ini pun kita mendoakan keadilan didedahkan, hopefully inilah keadilannya. Harap tiada apa lagi berkait lepas ini (berhubung pembunuhan tersebut),” luahnya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah hari ini. 

Pendakwaan dikendalikan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Utusan Malaysia pada 17 Mei pada 2019 melaporkan misteri kehilangan seorang Ketua Jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila mayat wanita  itu ditemui di sebuah kondominium sewa di Cyberjaya dekat sini pada 15 Mei tahun lalu.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya