Lelaki warga emas ditemukan meninggal dalam lif - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas ditemukan meninggal dalam lif

PEGAWAI perubatan memeriksa keadaan warga emas ditemukan tidak sedarkan diri dalam lif di Kajang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat terkandas dalam lif sebuah pangsapuri dekat Jalan Sungai Long di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.13 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi bagi tujuan menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa berusia 63 tahun didapati telah dikeluarkan pekerja penyelenggara pangsapuri berkenaan.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, lif berjaya dibuka pekerja penyelenggaraan bangunan terbabit ketika anggota bomba tiba.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN