Lelaki terlibat kes tetak jiran disambung reman 5 hari lagi - Utusan Malaysia

Lelaki terlibat kes tetak jiran disambung reman 5 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai menetak jirannya hingga maut di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini, kira-kira seminggu lalu disambung reman lima hari lagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki itu yang sebelum ini direman tujuh hari, disambung reman sehingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut kes tersebut.

“Setakat ini, siasatan mendapati motif kejadian itu masih sama iaitu pergaduhan antara dua lelaki berjiran berpunca daripada tindakan suspek yang didakwa menampar anak lelaki mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut apabila ditetak di kepala dan kakinya dalam pergaduhan dua jiran berusia 40-an dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, pada 9 Ogos lalu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang didakwa menampar
anak mangsa berusia 10 tahun dengan mangsa datang ke rumah suspek untuk berbincang sehingga berlaku pertengkaran.

Menurut Nor Omar, siasatan juga mendapati kejadian itu hanya melibatkan mangsa dan suspek yang mana polis sudah merakam percakapan beberapa saksi kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya