Lebih 96 peratus guru di Johor sudah terima vaksin

Lebih 96 peratus guru di Johor sudah terima vaksin

MAZLAN Bujang (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 dalam program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2020 di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seramai 45,448 orang atau 96.26 peratus guru di seluruh Johor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, bakinya iaitu seramai 1,767 orang guru atau 3.74 peratus masih belum divaksin.

“Berdasarkan statistik, seramai 23,746 orang atau 50.29 peratus guru di negeri ini sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin dan ini merupakan satu perkembangan baik.

“Sehingga kini kumpulan guru telah memberi komitmen baik terhadap penerimaan vaksin berkenaan,” katanya selepas menghadiri Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Putih, di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 12 pelajar daripada kampung tersebut yang terdiri daripada keluarga B40 mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM 2020.

Menurut statistik, seramai 779 orang guru menolak untuk divaksin, manakala 12 belum mendaftar serta dua orang tidak mengemaskini data mereka.

Sementara itu, Mazlan turut memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan guru-guru di Johor menjelang pembukaan sekolah yang dijadualkan pada Oktober nanti.

“Saya jangka akhir bulan ini boleh selesai dan apabila sekolah dibuka, 100 peratus guru sudah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin,” ujarnya.

Dalam pada itu, berhubung pembukaan sekolah kelak, pihaknya akan menanti arahan lanjut daripada Kementerian Pendidikan.

“Saya yakin dan percaya KPM akan membuat keputusan tepat berdasarkan perkembangan semasa melalui data serta nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menilai risiko.

“Persiapan untuk pembukaan sekolah juga sedang dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya