#Lawan: Lima NGO desak polis ambil tindakan tegas  - Utusan Malaysia

#Lawan: Lima NGO desak polis ambil tindakan tegas 

KUMPULAN peserta berpakaian hitam duduk di atas jalan raya ketika protes #LAWAN di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak polis mengambil tindakan  tegas tanpa kompromi terhadap penganjur perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Menurut peguam, Kamarudin Ahmad  yang mewakili lima badan NGO itu, pihaknya hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 11.30 pagi ini bagi membuat satu laporan polis mengenai perhimpunan berkenaan.

Katanya,  tindakan tanpa kompromi ke atas semua pihak penganjur perlu dilakukan kerana pihaknya bimbang tindakan tidak bertanggungjawab menambah angka kes positif Covid-19. 

Ujar beliau, laporan itu dibuat bagi meminta polis melakukan siasatan terhadap tindakan penganjur perhimpunan yang didakwa melanggar prosedur operasi standard kerana berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan sosial.

“Kehadiran begitu ramai peserta bakal mewujudkan risiko kluster perhimpunan.

“Pada saat negara dilanda Covid-19 dengan angka semakin mengganas  perhimpunan #Lawan itu mengancam kesihatan dan ketenteraman awam dan kami desak polis bertindak tegas ke atas penganjur perhimpunan,” katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, pihaknya tidak mahu perkara ini berterusan tanpa tindakan tegas.

“Kita  tidak mahu benda ini berterusan. Kalau tiada tindakan polis nanti akan wujud lagi kumpulan membuat perbuatan sama, sampai bila kita kena kurung?

“Kita akan terus kena kurung seperti ini akibat Covid-19 selagi angka tak turun dan matlamat kita supaya tiada sebarang himpunan sebegini berlaku selepas ini dan perlu dipantau dan disusuli tindakan tegas polis berlunaskan undang-undang yang ada,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.