Langkah Abu Samah terhenti di pusingan kedua - Utusan Malaysia

Langkah Abu Samah terhenti di pusingan kedua

ABU SAMAH BORHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah pemain tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, terhenti apabila tewas kepada pilihan kelapan dari Belanda, Tom Egberink di pusingan kedua, sebentar tadi.

Beraksi di Gelanggang Tenis Ariake selepas perlawanan pusingan kedua sepatutnya dijadualkan berlangsung esok namun dijalankan hari ini menyaksikan, Abu Samah tewas 0-6, 1-6 di tangan Egberink dalam tempoh 46 minit.

Kekalahan ini merupakan yang ketiga dialami Abu Samah dalam rekod pertemuan dengan Egberink selepas bertemu di suku akhir Terbuka Busan pada tahun 2014 dan 2015.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengakui Abu Samah telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.

“Saya percaya  Abu Samah telah melakukan sehabis baik untuk mengekalkan kedudukan namun nasib tidak menyebelahi beliau. Akan ada banyak lagi peluang selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, Abu Samah mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan dari Costa Rica, Jose Pablo Gil 4-6, 6-3, 6-2 dalam aksi yang berlangsung selama dua jam 19 minit, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.