Kilang kitar semula plastik musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kilang kitar semula plastik musnah terbakar

NYALAAN api membakar sebuah premis dipercayai kilang plastik di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah kilang kitar semula plastik yang terletak dekat Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di Pelabuhan Utara, di sini, musnah terbakar hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam ini berhubung kebakaran itu.

Susulan laporan itu, pasukan penyelamat dari 11 Balai Bomba iaitu Pelabuhan Klang, Kota Raja, Sungai Pinang, Petaling Jaya, Subang, Kota Anggerik, Andalas, Serdang, Sungai Buloh, Seputih dan Shah Alam ke tempat kejadian.

Lebih 50 pegawai dan anggota serta 11 jentera dikerahkan ke lokasi yang tiba kira-kira 15 minit kemudian bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan kilang berkeluasan 180,000 kaki persegi mengandungi sebuah bangunan setingkat.

Api berjaya dikawal pada pukul 10.51 malam dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.

Punca kebakaran masih disiasat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya