Kes sembuh hampir mengatasi kes positif - Utusan Malaysia

Kes sembuh hampir mengatasi kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,948 kes berbanding semalam, 22,242 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 21,720 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 178 kematian dicatatkan dengan 1,060 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 528 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 255,534 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,175 kes diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak (1,206).

“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621) dan Negeri Sembilan (556).

“Hanya satu negeri dan Wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (42) dan Putrajaya (26) manakala Labuan (9),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN