Kes positif, sembuh catat tertinggi - Utusan Malaysia

Kes positif, sembuh catat tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 21,812 kes bersamaan 98.1 peratus daripada 22,242 kes positif Covid-19 yang direkodkan tertinggi hari ini, adalah terdiri daripada kategori satu dan dua manakala 430 kes bersamaan 1.9 peratus pula, kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pembahagian mengikut kategori itu berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19 yang mana ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Lebih membimbangkan katanya, sebanyak 18,631 kes bersamaan 83.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Selain itu, sebanyak 225 kes kematian dicatatkan yang melibatkan 74 kes di Selangor, 37 kes di Johor, 24 kes di Kuala Lumpur, 18 kes di Sabah, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes di Kedah, sembilan kes di Perak, lapan kes di Negeri sembilan, tujuh kes di Melaka, masing-masing enam kes di Kelantan dan Pahang, lima kes di Terengganu, dan dua kes di Sarawak.

“Kematian melibatkan 128 lelaki dan 97 perempuan dengan 27 warga asing, 35 kematian di rumah dan 175 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,242 kes berbanding semalam, 19,631 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 19,680 kes iaitu tertinggi setakat ini dengan 1,060 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 540 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 254,484 kes aktif serta 49 kluster baharu.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,858 kes diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

“Empat negeri yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577) dan Terengganu (487).

“Satu negeri dan wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Perlis (50) dan Putrajaya (25) manakala hanya Labuan mencatatkan lima kes,” katanya.

Mengulas mengenai 49 kluster baharu, beliau berkata, 30 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja diikuti 13 kluster komuniti, lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Kluster tempat kerja katanya, lapan di Selangor, enam di Pulau Pinang, lima di Johor, Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga kluster manakala Kuala Lumpur, Sabah, Perak, Pahang dan Melaka, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula, enam di Kelantan, Johor dan Perak, masing-masing dua kluster manakala Selangor, Kedah, Pahang, masing-masing satu kluster.

“Kluster kumpulan berisiko tinggi, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan, masing-masing satu kluster manakala Kluster pusat tahanan, satu di Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN