Kes ingkar SOP: 375 individu ditahan, 34 premis diarah tutup - Utusan Malaysia

Kes ingkar SOP: 375 individu ditahan, 34 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 375 individu dicekup dengan seramai 348 dikompaun manakala 27 lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 34 premis yang meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,387 kilang, 15,580 premis perniagaan, 556 tapak pembinaan dan 155 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 40 pendatang tanpa izin turut ditahan dan tiga buah kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, 888 individu tiba di tanah air semalam dengan jumlah kumulatif seramai 261,623 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai tahun lalu.

“Sejumlah 9,559 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 616 peruncit, 152 pemborong dan 32 pengilang termasuk melakukan sejumlah 2,341 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya