MEDAN: Seorang pemuda meracun bapa dan abangnya terlebih dahulu sebelum menikam kedua-duanya hingga mati.
Menurut polis, pembunuhan kejam itu berlaku di Jalan Wakaf, Sei Agul, di sini.
Suspek sempat meracuni kedua-dia mangsa sebelum menikamnya berulang kali hingga maut.
Polis memberitahu, kejadian itu berlaku pada 28 Ogos di mana suspek telah pergi ke pasar membeli dua bilah pisau dan racun rumput.
“Suspek kemudiannya pulang ke rumah menyembunyikan kedua-dua bilah pisau tersebut dan membancuk racun rumput bersama kopi susu.
“Jadi dibuat kopi susu dengan campuran racun rumput dan diberikan kepada keluarganya,” ujar polis seperti yang dipetik dari Datik.com.
Kata polis, bapa dan abang suspek meminum kopi yang telah disediakan oleh tertuduh itu. Sementara ibu dan adik-adiknya tak meminum lantaran mencium aroma tak sedap dari minuman tersebut.
Akibat minum kopi tersebut, bapanya muntah-muntah dan pada saat itu, suspek mengambil pisau yang telah disembunyikan dalam alamari dan menikam bapanya.
“Suspek mendekati ayahnya dan melakukan penikaman pertama di bagian leher bapanya, kemudian ke bahagian perut sebanyak enam kali,” kata polis.
Kemudian, abangnya yang melihat kejadian itu cuba meleraikan dengan melempar topi keledar ke arah suspek.
“Abangnya yang juga telah minum kopi susu bercampur racun itu juga ditikam sebanyak 6 kali juga,” jelas polis.
Seetelah menikam mangsa, suspek masuk ke rumah menemui ibu dan adik-adiknya, tetapi kerana merasa tidak puas hati dia kembali mengambil pisau dan menikam lagi abangnya sebanyak tujuh kali.
Polis memberitahu, terdapat antara 12 hingga 15 kesan tikaman di badan abang susopek”Kepada abang korban kurang-lebih sekitar 12 sampai 15 tikaman.
Selepas menerima laporan polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang berada dalam rumah.
Menurut polis, berdasarkan siasatan, suspek bertindak demikian kerana selama ini merasakan dia dianaktirikan oleh keluarga, sama adak oleh bapak, ibu, maupun abang dan adiknya.