Kerajaan pertimbang wajib suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbang wajib suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mempertimbang mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran 80 peratus imuniti berkelompok menjelang Oktober ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan diputuskan kerajaan selewat-lewatnya bulan depan sebaik sahaja kajian ke atas golongan yang menolak vaksin atau antivaksin selesai sepenuhnya.

Katanya, sekiranya dilaksanakan kelak, individu yang enggan menerima suntikan dos vaksin Covid-19 boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita akan mengkaji terlebih dahulu jika kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

“Dengan pelbagai varian seperti Delta, penerima vaksin juga boleh dijangkiti disebabkan mereka (anti-vaksin) yang kemudian memberi masalah kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzah Hashim.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, sebanyak 590,000 lagi dos vaksin akan dihantar ke Terengganu pada bulan ini untuk meningkatkan peratusan penerima vaksin negeri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya