Kerajaan beri ruang pada pembangkang tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

Kerajaan beri ruang pada pembangkang tangani Covid-19

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dibuat sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong bersama ketua parti baru-baru ini agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Katanya, langkah tersebut juga dilaksanakan bagi meleraikan segala perebutan kuasa politik dan berjuang bersama sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri.

“Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan. Saya faham, kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Oleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti,” katanya dalam ucapan khas Perdana Menteri Kesembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN